Masalah Paip Copper Berais Pada Aircond Atau Penyaman Udara Yang Baru Dipasang

Mengesan Dan membaiki Aircond Atau Penyaman Udara

Topik Kali ini adalah Berkenaan masalah paip COPPER berAis pada aircond atau Penyaman Udara. Yang baru dipasang.

Apa Masalahnya????

Kami sering diajukan pertanyaan daripada pelanggan kami berkenaan paip COPPER berAis. Difahamkan Apabila mula-mula aircond dipasang, aircond tersebut ditetapkan pada suhu 24 darjah Celcius. Aircond ini telah beroperasi hanya 8 jam dari masa pemasangan. 

Hasil daripada pemerhatian pelanggan kami , Beliau mula merasakan aircond itu tidak membekalkan angin sejuk seperti pada mulanya. Apabila melihat pada cooling coil, didapati pula terdapat ketulan ais pada coil tersebut.

Seterusnya, pemerhatian dilakukan pada outdoor unit aircond tersebut. Dilihat Paip Copper pada outdoor unit pula telah membentuk lapisan Ais.



Pendapat Dan Penyelesaian Dari Kami

Pada pendapat kami, .masalah ini disebabkan oleh beberapa perkara:

1. Punca utama adalah disebabkan kebocoran pada unit aircond ini.
2. Kebocoran menyebabkan Gas pada aircond berkurang ( samada Gas R22 atau R410A) Seterusnya akan menyebabkan terbentuknya lapisan ais pada Paip Copper tersebut dan pada Cooling Coil Indoor Unit.
3. Kecuaian pemasang aircond adalah faktor utama berlakunya masalah ini. Dan ianya boleh diatasi dengan hasil kerja yang baik ketika proses pembakaran (brazing) Copper Paip dan kerja-kerja flaring.

Kami sarankan pelanggan kami untuk hubungi semula Pemasang atau Installer bagi menjimatkan kos. Dan apa yang kami tahu warranty semestinya ada bagi aircon atau penghawa dingin yang baru dipasang.



Bagi yang inginkan nasihat atau perkhidmatan kami, anda boleh la hubungi kami untuk mendapatkan sebut harga untuk sesuatu masalah yang Anda Hadapi Sekarang.



👷🏻
🏗Perkhidmatan Mhaidir Aircon & Engineering Work:
Pemasangan Aircon / Penghawa Dingin
🔖 Pemindahan Aircon / Penghawa Dingin
🔖 Pencucian Chemical dan biasa
🔖 Kerja-kerja penyelenggaran (Troubleshoot)
🔖 Rekabentuk / Customade Aircon
🔖 Membekal dan Menjual Aircon Baru dan terpakai Pelbagai Jenama
🔖 Pendawaian Elektrik
🔖 Panel Kawalan


📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣
Haidir 
☎️ | +6013-7563709
📜 Facebook Page:
Mhaidir Aircon & Engineering Works



Keutamaan kami adalah kepada kekemasan, Kualiti dan kepuasan pelanggan kami.

Visi:
LOVE | COMMIT | QUALITY


2 comments

  1. Sy jupa masalah paip berais... Apa masalahnya sebenar ya

    ReplyDelete
  2. on ac xsmpi 2minit dh nmpk pembentukan ais pada eva coil..knp ya??

    ReplyDelete